Pilih tingkatan kamu
Pautan berbeza bagi setiap tingkatan. Pilih dahulu supaya senarai domain di bawah menunjukkan pautan yang betul.
Sedia akaun MOE kamu
Borang hanya menerima akaun DELIMa. Akaun kamu berbentuk m-1234567@moe-dl.edu.my — nombor itu berbeza bagi setiap murid.
Jika telefon atau komputer itu masih log masuk dengan akaun orang lain, log keluar dahulu. Selepas klik pautan nanti, pilih Tukar akaun atau Use another account dan masuk dengan akaun kamu sendiri.
Kalau kamu jawab guna akaun kawan, Gmail peribadi, atau akaun yang tertinggal log masuk pada peranti itu, rekod kamu tidak akan wujud dan kamu terpaksa jawab semula. Semak nama pada bucu atas skrin sebelum mula menjawab.
Buka domain ikut turutan
Mula dengan Bacaan sehingga Saintifik. Pilih bahasa yang kamu selesa — pilih satu bahasa sahaja bagi setiap domain. Ketik "Sudah selesai" untuk menanda domain yang siap.
Jawab sampai habis
Habiskan satu domain sebelum keluar. Kalau tutup di tengah jalan, kamu kena mula semula domain itu.
Selesai satu domain, kembali ke halaman ini dan buka domain berikutnya sehingga keempat-empatnya selesai.
Beritahu cikgu
Setelah keempat-empat domain selesai, jumpa atau hantar mesej kepada salah seorang cikgu di bawah supaya rekod PKL kamu boleh diisi.
Semak rekod kamu
Rekod yang sudah dimasukkan boleh disemak sendiri. Kalau nama kamu masih tiada selepas beberapa hari, terus berjumpa cikgu.
Semak rekod PKL