Lapan tahun kertas peperiksaan, 104 standard pembelajaran, dipetakan semula tahun demi tahun. Bahagian A dan Bahagian B berkelakuan berbeza, jadi setiap satu ada strateginya sendiri.
Get Logik keluar 8/8 tahun walaupun setiap SP kecilnya nampak jarang — soalan berpusing antara 1.3.1 hingga 1.3.5. Sebab itu tiga SP Get Logik dalam zon Pendedahan masih ditanda amaran. Sebaliknya Server-Side Scripting (T5 3.2) cuma keluar 2/8 — 2020 dan 2021 sahaja.
48 SP yang tidak pernah muncul mendapat 0%. Hampir semuanya jenis “Menghasilkan / Membangunkan / Mencipta sistem” — SP tugasan projek, bukan sifat soalan Bahagian A.
Bahagian B tidak menguji SP satu-satu macam Bahagian A. Ia menguji blok — satu soalan besar menelan empat hingga lima SP daripada topik yang sama sekaligus. Jadi yang perlu diramal ialah blok mana yang berpusing masuk, bukan SP mana yang popular.
Bahagian A tabur ~20 SP nipis merentas banyak topik — kalah satu SP, hilang satu atau dua markah. Bahagian B tumpu ~11 SP dalam tiga hingga empat blok tebal — kalah satu blok, hilang keseluruhan soalan. Sebab itu untuk Bahagian B lebih baik kuasai empat blok sampai habis daripada baca dua belas blok separuh jalan.
Lima SP zon Teras dapat hampir separuh masa kerana ia bukan lima soalan berasingan — ia dua blok yang boleh dijawab penuh: pangkalan data hubungan dengan ERD dan SQL, serta kebergantungan fungsian dengan penormalan.
Empat kertas daripada siri peperiksaan yang sama — PINTAS MGSM Selangor — merentas 2023 hingga 2026. Semuanya ikut susunan Flow Follow Topic: 20 soalan Bahagian A menyusuri bab demi bab, dan 4 soalan besar Bahagian B.
Petak gelap = lebih banyak soalan. Lajur akhir = jangkaan slot SP setahun dalam SPM Bahagian A sebenar.
T4 2.2 Reka Bentuk Pangkalan Data muncul dalam Bahagian B keempat-empat tahun — ERD atau jadual penormalan. Itu tulang belakang PINTAS sendiri.
Dalam SPM pula, tulang belakang Bahagian B ialah blok T5 2.2 ERD dan SQL, yang keluar 8/8 tahun. Dalam siri PINTAS, SQL baru masuk Bahagian B buat kali pertama pada 2026 — sebelum ini 0 daripada 3 tahun.
T5 3.2 dapat dua soalan Bahagian A pada 2023, kemudian sifar pada 2025 dan 2026. Ini sejajar dengan SPM, di mana ia topik paling lemah dalam Bahagian A (2/8 tahun) — tetapi ia masih 4/8 dalam Bahagian B SPM, jadi murid tetap terdedah di sana.
Muncul dalam Bahagian A setiap kertas T5 (2023, 2025, 2026): T4 1.2 · T4 1.3 · T4 1.5 · T4 1.6 · T4 2.2 · T4 3.1 · T5 1.3 · T5 2.2 · T5 3.1 · T5 3.3. Yang paling tidak stabil pula T4 2.1 Pangkalan Data — 2 soalan pada 2023, tiada langsung pada 2025, kembali 1 pada 2026.
Garis menegak = kadar rawak 25%. PINTAS uji 26 SP unik daripada 104 dalam DSKP.
Zon Teras Bahagian B kena kesemua lima. Zon Kitaran pula duduk tepat pada paras rawak — panel PINTAS langsung tidak berminat dengan hujah “sudah lama tidak keluar”. Angka ini bukan bukti ramalan SPM saya tepat — panel PINTAS juga merujuk sejarah SPM yang sama, jadi kami menceduk dari perigi yang sama. Ia cuma tunjukkan susunan keutamaan ini sejajar dengan pertimbangan panel pakar.
Tidak pernah muncul di Bahagian A mahupun B sepanjang 2018–2025. Ini pilihan panel PINTAS sendiri, bukan ikutan trend SPM — dan satu daripadanya memakan dua slot soalan.
Dalam SPM, keempat-empat ini muncul sebagai sebahagian soalan besar Bahagian B. PINTAS letakkan semuanya sebagai soalan pendek Bahagian A. Murid yang latih tubi ikut tab Bahagian A sahaja akan tersadung di soalan pangkalan data PINTAS.
Tab ini gabungkan dua sumber: berat sebenar setiap topik dalam SPM 2018–2025 (Bahagian A dan B disatukan), dan berapa banyak topik itu dilatih dalam empat kertas siri PINTAS. Yang perlu diberi perhatian bukan topik paling berat — tetapi topik yang berat dalam SPM tetapi jarang dilatih di sekolah, kerana di situlah kelemahan murid tidak akan kelihatan sampai hari peperiksaan.
Perhatikan susunannya: tiga daripada empat topik paling berat dalam SPM berada dalam lajur keutamaan pertama. Siri PINTAS melebihkan penormalan dan ERD (T4 2.2 dapat 11 soalan dalam empat kertas) sambil mengurangkan SQL, algoritma dan get logik — iaitu tepat topik yang SPM paling banyak uji.
AI memang boleh buat unjuran kebarangkalian topik yang berpotensi keluar — asalkan kita ada data peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Cuma istilah yang lebih tepat ialah forecast, bukan “AI tahu soalan bocor”.
Untuk Sains Komputer, kumpulkan data 5–10 tahun: tahun peperiksaan, nombor soalan, Bahagian A atau B, bab, Standard Kandungan dan SP, markah, aras kesukaran, jenis soalan, dan sama ada sesuatu SK pernah muncul.
Yang lebih menarik, unjuran boleh turun sampai tahap SK → SP → konstruk → bentuk soalan → anggaran markah. Contohnya:
Gabungkan pula dengan analisis kelemahan murid, dan AI boleh kata: “Topik X mempunyai unjuran tinggi DAN penguasaan kelas hanya 32%. Jadikan ini intervensi keutamaan pertama.” Itu jauh lebih bernilai daripada sekadar meneka soalan — dan itulah yang paling berguna untuk strategi pecutan akhir.